Katakan!!

 dn_02_big.jpg

>> Katalah kita ni polis, sedang duduk dalam kereta peronda kita sambil

>> minum kopi.

>>

>> Tiba-tiba radio kita berbunyi, mengatakan ada dua kes yang diminta

kita

>> menangani salah satu darinya. Dua-dua kes orang kena tangkap

mencuri.

>> Kes pertama di kampung hulu, seorang lelaki ditangkap mencuri duit

>> seringgit. Kes kedua di kampung hilir, seorang warga asing kena

tangkap

>> mencuri duit 20 ribu ringgit.

>>

>> Kes mana yang kita kejarkan dulu? Agaknya tentulah kita segera

berkejar

>> ke kampung hilir, ye tak? I mean, apalah sangat duit seringgit,

itupun

>> nak report polis ke? Tapi bagaimana kalau lepas tu kita tahu

hakikatnya

>> begini:

>>

>> Dalam kes pertama, duit itu kepunyaan seorang anak yatim piatu

peminta

>> sedekah, dan duit itu sajalah yang ada padanya untuk digunakan

membeli

>> roti setelah beberapa hari tak makan? Sedangkan dalam kes kedua,

duit

>> itu kepunyaan orang kaya bakhil yang seumur hidupnya tak pernah

keluar

>> zakat?

>>

>> Tiba-tiba, baru kita sedar perbezaannya, antara prinsip dan

appearance.

>> Kalau ikut prinsip, tentulah kes pertama lebih berat, walaupun hanya

>> melibatkan duit seringgit. Tapi sebab kita hidup ini dah biasa

>> menghakimkan orang serta peristiwa dari segi luaran, maka selalu

minda

>> kita tertipu.

>>

>> Stephen Covey, dalam bukunya “Seven Habits of Highly Effective

People”

>> menceritakan pula begini:

>>

>> Kita sedang duduk di sebuah bangku dalam taman. Sedang kita enak

>> menikmati sandwic dan Coke kita di tengah taman dengan udara bertiup

>> lembut itu, tiba-tiba datang seorang lelaki bersama 2 orang anak

>> kecilnya duduk di sebelah kita.

>>

>> Lelaki itu hanya menung panjang melihat ke tasik dan mendiamkan diri

>> sementara anak-anaknya berlarian macam setan menjerit-jerit sekuat

hati.

>> Orang yang lalu lalang semuanya melihat dengan kening berkerut-kerut

>> perangai budak-budak yang tak tahu hormat pada orang lain tu.

>>

>> Kita pun lama-lama semakin bengang. Setan sungguh budak ni! Apahal

mamat

>> ni diammm je, tak nak tegur ke anak-anak dia ni? Lepas dah tak tahan

>> sangat, kita pun tegur lelaki itu. Boleh tak encik suruh anak-anak

encik

>> tu dok diam-diam, saya tengah nak makan sandwic ni! Lelaki itu

melihat

>> pada kita seketika sebelum tersenyum sedikit.

>>

>> “Maafkan saya,” kata lelaki itu. “Dan maafkan anak-anak saya tu.

>> Sebenarnya, isteri saya - ibu mereka - baru meninggal dunia sebab

kanser

>> di hospital, dan saya tak tahu macamana nak terangkan pada mereka

hal

>> ini.”

>>

>> Kemudian dia sambung : “Biarlah saya bawa mereka ke tempat lain

supaya

>> tak menganggu anda makan.”

>>

>> Apa rasa kita masa itu? Sebab itulah bila teringat ayat Qur’an

>> mengatakan, beza antara manusia itu hanyalah iman dan taqwa, saya

sering

>> berasa menyesal. Sebab saya selalu menghukum orang melihat keadaan

>> luarannya! Bagaimana dengan anda?

>>

>> Wallahualam. “

Tinggalkan komen