JALAN PENYELESAIAN MASALAH ANDARTU

by
JALAN PENYELESAIAN MASALAH ANDARTU

Sudah menjadi sunnatullah, setiap makhluk yang Allahjadikan itu hidup berpasangan-pasangan. Adam dijadikanberpasangan dengan Hawa, haiwan yang jantan berpasangan dengan yang betina, bunga jantan denganbunga betina, demi untuk mengembang-biak keturunanmasing-masing di muka bumi Allah ini. Allah swt berfirman yang bermaksud:

�Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dankemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucudan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik.�Firman Allah lagi,�Dan berkembang-biaklah dari keduanya lelaki dan perempuan yang banyak sekali.�

Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangansedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jikamenerima gelaran �andartu� atau anak dara tua. Merekatidak rela menerima gelaran itu.

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yangmasih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikansegera kerana ia boleh menjejaskan kestabilanmasyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi.Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat.

Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelarandartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadibagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalahummah. Kita mestilah mengkaji dan mencarilangkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek danmenghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalahmereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu.

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yangmenjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidakkahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanitaintelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yangtinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss dipejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor danlain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaumlelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yangtinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikitmula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja.

Wanita-wanita �istimewa� ini berharap mereka akanbertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga.Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan sukamemerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang orang
bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengansuami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untukberisterikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dangadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi.

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebihdaripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takutterkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya
beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga.

Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekatwanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorangparamugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badansudah hilang potongannya, mengandung pula, hendakfikir anak dan suami.

Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yangmencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinanhingga lewat usia.

Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikapibu bapa. Ada ibu bapa yang bersikap memandang buludalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak daramereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yangtidak sama darjat dan keturunan serta berjawatantinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya.

Kadang-kadang sikap �pilih bulu� ini datang daripadaorang perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalupemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelakimoden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk,tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali sebelum mengambilkeputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itusetia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah diapenyayang? Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorongwanita bersikap pesimis atau �tawar hati� untukberkahwin.

Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebihlagi yang kuat beragama zaman ini. Justeru itulahwanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yangkita takuti, pilih punya pilih terpilih punggungcawan!

Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin keranapernah melalui satu peristiwa pahit dalam hidupnya,yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alamrumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran danpenganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitarhidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangatmendalam dalam jiwa kaum wanita, hingga boleh
menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan adajuga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta(frust).

Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat puladengan protokol perjanjian belajar. Mereka tidak bolehkahwin selagi belum tamat belajar. Masalah inimelibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luarnegeri. Sedangkan dalam masa yang sama,pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat yang lepasbebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkanperkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan terhormat disekat.

Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggupbersekedudukan, berzina, semata-mata untuk melayannafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiriakan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi,perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa. Hadis Nabi saw yang bermaksud:

�Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirikyang lebih besar daripada seorang leki-laki yangmenumpahkan maninya ke dalam rahim (perempuan) yang tidak halal baginya.�

Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilanganandartu dalam masyarakat hari ini adalah belanjakahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naikmacam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anakperempuan sanggup kita samakan dengan harga barang?

Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanjakahwin juga turut naik. Apakah nilai perkahwinan itusudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnyameningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung
RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalauyang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilahhantaranya? Ini semua menghalang wanita daripadakahwin cepat.

Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satufaktor yang menyebabkan perkembangan maksiat dalammasyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal disisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisisdalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yangmendorong pelepasan nafsu seks secara haram.

Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidakdicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinan akanjadi mudah. Tidak akan timbul �jalan belakang� untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapattidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yangberiman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yangdiredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat.

Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terusditempuh, akan lahirlah anak-anak zina yang merosakkansalasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yanglahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinyauntuk menerima kebenaran.

Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cubadiselesaikan atau cuba diselesaikan tetapi tidakmengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun,masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartuini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatianberat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting.Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilannegara. Bila masyarakat rosak, keselamatan akantergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yangpaling penting adalah kutukan Allah swt. SabdaRasulullah saw:

�Wanita adalah tiang negara, bila ia baik, baiklahnegara. Dan bila ia rosak, maka rosak pula negara.�

Justeru itu, penyelesaian yang utama untukmenyelesaikan masalah andartu ini adalah denganmengatur perkahwinan mengikut syariat tanpamenyusahkan mana-mana pihak. Sabda Nabi Besar saw yangdiriwayatkan oleh Bukhari-Muslim:

�Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telahsanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itulebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.�

Kalau ikut syarat, perkahwinan ini terlalu mudah untukdilaksanakan. yang penting lima rukun nikah dipenuhi iaitu: 
1. Pengantin perempuan 2. Pengantin lelaki 3.Wali, 4 Saksi dan 5. Ijab dan kabul.

Mas kahwin bukannya rukun nikah. Ia boleh berbentukcincin seperti yang pernah dilakukan di zamanRasulullah. Sabda Rasulullah saw:

�Carilah mas kahwin walau hanya cincin besi.�

Belanja kawnin pula boleh dirundingkan. Sepatutnyakenduri kahwin hendaklah dibuat atas dasar kemampuanbukan untuk bermegah-megah.

Perkahwinan boleh diatur dengan berbagai cara yangtepat dan cepat. Ia boleh diatur oleh badan khassesuai dengan keistemewaan pasangan tersebut.Contohnya, kalau individu itu seorang guru kemungkinanbakal isterinya juga seorang guru. Kayu ukur dalamseluruh tindakan dan membuat keputusan ialah syariat,bermula daripada memilih jodoh, peminangan, majlispernikahan, kenduri kendara dan seterusnya.

Perkahwinan dalam Islam boleh dilaksanakan denganberbagai bagai cara dalam usaha menyelesaikan masalahandartu antaranya:
 Melalui persetujuan ibu bapa kedua belahpihak.
 Peminangan pihak lelaki dengan pihakperempuan.
 Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki.
 Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengantujuan menyebarkan ajaran Islam.
 Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yangtelah layak dan mampu.
 Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkanperkara-perkara yang menyusahkan dan membazir.
 Menggalakkan poligami memandangkan bilanganperempuan melebihi bilangan lelaki. Jangan pihakwanita melenting tau.

Semua jalan-jalan perkahwinan yang disebutkan di atasboleh diatur sama ada perkahwinan monogami ataupoligami. Bila matlamat perkahwinan kita jelas kerana Allah semata-mata, maka poligami atau monogami tidakjadi masalah. Firman Allah swt yang bermaksud:

�Hai manusia! Patuhlah kepada Tuhanmu, yang menjadikankamu dari diri yang satu (jenis) dan menjadikanisterinya dari jenisnya (bangsanya) sendiri, dan kemudian Tuhan memperkembang-biakkan dari keduanya,laki-laki dan perempuan yang banyak.�

Di zaman teknologi moden sekarang ini, ada yangmenggunakan mesin komputer untuk mengatur perkahwinan.Apakah manusia sudah tidak punya hati, akal danperasaan hingga terpaksa menyerahkan keputusan danpilihan teman hidupnya kepada komputer yang tidakberakal? mana pertimbangan agama dan Iman? Oleh itukembalilah kepada Islam dalam urusan perkahwinan ini.Mudah dan senang.

Didikan agama dari kecil adalah penting. Dan apabilatiba masa yang ia telah layak berkahwin, bekalan ilmu,iman dan rezekinya telah tersedia. Ia mampu menjadiisteri atau suami yang baik di sudut rohani danjasmani sebaik sahaja meningkat dewasa. Dan detik itutidak boleh disia-siakan melainkan mesti dipergunakan�. kahwinkan mereka segera!

Dengan didikan agama itu juga dapat melindungi dirikita dari tergelincir ke lembah dosa. Tidak akantimbul lagi masalah andartu. Dan jika berlaku juga,itu merupakan ujian sementara sebelum Allah berikanjodoh yang sesuai, dan terimalah ianya.

Oleh itu, masalah andartu ini boleh diselesaikan bilamanusia kembali kepada agama. Barulah hati akanmengaku kelebihan berkahwin yang dapat menyelesaikan banyak penyakit masyarakat yang berpunca dari nafsusyahwat. maka, selamatlah diri, terpelihara agama danbersihlah masyarakat. Jika dari awal lagi kita mengikut syariat Islam, dengan mempelajari ilmu agama,menutup aurat, menjaga akhlak, InsyaAllah jodoh akandatang dengan cepat dan pasti membawa berkat!

12 Respons to “JALAN PENYELESAIAN MASALAH ANDARTU”

  1. azman Says:

    0127029638

  2. Nas Says:

    Salam,
    mencari doktor wanita sb isteri yg dibimbing ke jalan Allah

  3. marisaa Says:

    bagus!!!

  4. Nur Dhuha Says:

    Salam…
    Betul tu memang susah nak cari lelaki yang beriman sekarang..
    Nak tanya pendapat..
    Kalau nak minta ibubapa tolong carikan..Tapi mereka x nak..suruh anak cari sendiri..
    Ada x cadangan camne nak bagi mereka sedar dengan tanggungjawab tu?

  5. ara Says:

    barangkali terlalu ramai lelaki di pusat serenti atau penjara..
    agak sayu bila semakin ramai perempuan di pencakar langit dan lelaki berlumba-lumba duduk di kaki lima..
    sedangkan bukankah kalian kata tempat perempuan di dapur sahaja?
    nak masak apa kalau duit nak beli lauk pun tak ada?

  6. dahlia Says:

    assalamulaikum, memang benar apa yang disampaikan tapi masalah saya lain pulak.saya dah lanjut usia memang ingin berkahwin tapi tak ada siapa yang mahu. bagaimana saya nak selesaikan masalah saya.

  7. Zaima binti Abdullah Says:

    bagaimana pula dengan perempuan yang memiliki perwatakan yang kurang cantik?
    telah berikhtiar namun masih lagi belum kawin.
    adakah ini juga salah dirinya?
    sedangkan Allah yang jadikan dia begitu

  8. azm Says:

    kadang kadang masalah andartu akan berkurangan andai kita tidak memilih pada rupa paras dan poligami di terima secara terbuka….

  9. piniey Says:

    doa dan usaha mesti di teruskan……….

  10. julitah jessie lee Says:

    semua masalah sukar d bendung…kena berbalik kepada ugama..n teguhnya iman seseorang…

  11. Pendokong Poligami Says:

    Salam,

    Saya amat besetuju sekali bahawa “sunnahtullah” poligami itu adalah salah satu penyelesaian terbaik untuk masalah andartu bahkan untuk semua kaum wanita termasuk ibu ungga/janda dan lain-lain. Ini adalah kerana setiap yang DHALALKAN oleh Allah S.W .T itu sudah pasti ada kelebihan dan hikmahnya. Jika tidak, kemungkaran dan keosakkan akan terjadi jka kita TIDAK mengikuti atau mengamalkannya..

    Jka niat kita khlas semata-mata mencari keredhaan Allah S.W.T, maka soal perbezaan taraf itu mungkin tidak menjadi masalah besar. Yang penting mereka beriman, bertolak ansur dan berpegang tegoh pada ajaran Islam.Lihatlah, Baginda Rasullullah S.A.W sendiri pun adalah seorang yang miskin tetapi Siti Khadijah r.a pula adalah seorang hartawan lagi kaya. Perbezaan taraf yang besar ini, TIDAK sedikit pun menjejaskan kebahagian rumah tangga Baginda sekeluaga. Juga, Rasullullah SAW telah menunjukkan bahawa lelaki itu adalah sesuai untuk semua jenis/peringkat wanita samada lebih tua, terlalu muda(Siti Asiah r.a.), janda, anak angkat, ahli kitab bahkan hamba wanita dan lain-lain lagi.

    Akhirnya, semoga kita semua dapat mengambil pengajaran dari sirah serta sunhah Rasulullah S.A.W demi kejayaan dan kebahagian ummah baik di dunia mahupun di akhirat nanti.. Wassallam.

    ikhlas dari,

    Abdullah bin Idrus, Pendokong Poligami

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: