Apabila seorang wanita itu masuk ke gerbang perkahwinan,terbukalah tujuh pintu syurga dan tujuh pintu neraka.Ketika itu mereka digelar dengan suami dan isteri, dan terbebanlah ke atas setiapnya dengan beberapa hak dan tanggungjawab.
Tanggungjawab sebagai isteri adalah wajib mentaati dan mengikut perintah suaminya selagi tidak melanggar syariat. Suami pula wajib menyempurnakan hak isterinya sama ada lahir mahupun batin dan kalau suami hidup bermadu mesti adil ke atas semua isterinya. Selagi hak dan tanggungjawab itu dilaksnakan, syurga telahpun tersedia untuknya, dan kalau sebaliknya, neraka adalah lebih layak untuknya.
Tanggungjawab suami adalah memberi nafkah zahir dan batin seperti mana dalam huraian artikal-artikal yang lepas (tanggungjawab seorang suami, nafkah batin bukan sekadar seks, tanggungjawab suami dalam nafkah harta dan suami yang lalai dalam tanggungjawabnya).
Bagi si isteri pula wajib mentaati suami dalam apa keadaan sekalipun. Malah si isteri tidak boleh memaksa suami untuk mengadakan sesuatu yang di luar kemampuannya. Sekiranya isteri redha menerima apa saja pemberian suami, dalam pada itu tetap melaksanakan haknya kepada suami, tidak mengecilkan hati suami,maka ia tergolong sebagai wanita yang baik.
Sekiranya si suami memang ada harta, tetapi sengaja membiarkan isteri di dalam kesusahan dan melebihi isterinya yang lain (tidak adil jika hidup bermadu),itu dikira suatu penganiayaan. Namun seorang isteri tidaklah boleh memarahi suami kerana ianya dikira derhaka. Jalan sebaiknya, berterus-teranglah dengan suami dan berbincang dari hati ke hati di dalam suasana baik dan penuh kasih sayang, bukannya dalam keadaan tegang yang boleh mencetuskan pertengkaran.Ataupun mintalah orang yang disegani atau yang rapat dengan suami anda, untuk mengingatkannya akan kewajipannya itu. Jika tidak berubah juga hendaklah bersabar dan berdoa dan mengadulah kepada Allah swt,minta Allah lembutkan hati suami anda. Yakinlah,setiap diri adalah di dalam kekuasaan Allah dan Allahlah yang berkuasa mengubah hati seseorang. Jika perlu, buatlah pengaduan ke pejabat kadi untuk menyelesaikannya.
Mengenai hak kasih sayang dan hubungan seks, sekiranya isteri tidak puas, seelok-eloknya berterus-terang dengan suami, supaya dia dapat memperbaiki diri dan membuat perubahan. Berbincanglah dengan penuh hikmah dan terangkan kepada suami bahawa dengan ketidakpuasan seorang isteri itu akan menimbulkan berbagai-bagai perkara buruk kepada rumahtangga. Antaranya, apabila nafsu seks tidak terpenuh, isteri akan mudah berang,rasa benci pada suami, tidak dapat menguruskan suami dan rumahtangga, susah untuk senyum dengan suami,bermasam muka dengan suami dan lain-lain kederhakaan lagi. Dan sekiranya nafsu itu dapat dipenuhi barulah isteri berasa ringan dan tenang malah gembira untuk berkhidmat dengan suami. Ini adalah fitrah semulajadi perempuan. Dalam syariat juga menyuruh para suami mempertimbangkan akan hal ini.
Jangan dibentak-bentak suami dan melepaskan geram kita dengan kata-kata yang boleh menyakitkan dan menyinggung perasaannya. Cubalah pilih perkataan yang baik-baik dan terangkan dengan penuh hikmah dan kasih sayang, insyaAllah mudah-mudahan dia akan sedar,kerana kadang-kadang ada suami yang tidak faham akan perasaan perempuan dalam hal ini.
Isteri juga cubalah usahakan dengan sembahyang hajat dan berdoa selalu serta mengadu kepada Allah agar membantu puan. Supaya Allah lembutkan hati suami dan membantunya menuju keredhaan Allah, supaya puan tetap sabar dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang.Pokoknya biarlah isteri sentiasa di dalam keredhaan suami, kerana di situlah keredhaan Allah. Sabda Rasulullah saw:
�Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk syurga.�
Setiap tindak-tanduk kita semuanya di dalam pemerhatian Allah, begitu juga hati. Jadi awaslah,jika terdetik rasa hendak marahkan suami, ingatlah nikmat-nikmat yang pernah diberikan oleh suami dahulu.Ingatkanlah segala kebaikannya dan cuba lupakan kejahatannya. Sekiranya datang rasa tidak puas hati dengan suami kerana tidak sempurna makan minum,pakaian, tempat tinggi, kasih sayang dan hubungan seks atau seumpamanya ingatlah
semuanya daripada Allah dan kita patut menerimanya dengan lapang dada. Namun begitu berusahalah untuk menyelesaikannya di samping berdoa mengharap bantuan Allah.
Hanya akhlak yang mulia dapat melunakkan hati yang keras. Oleh itu sentiasalah berakhlak mulia, seperti tawadhuk dan merendah diri kepada suami. Anggaplah segala kesusahan itu sebagai pengajaran dari Allah terhadap dosa-dosa kita samada dosa terhadap Allah atau dosa sesama manusia lebih-lebih lagi dosa kepada suami. InsyaAllah jika isteri itu berakhlak mulia,lambat-laun hati suami yang keras akan lembut dan insaf. Berusahalah untuk menjadi seorang wanita yang baik, beriman, berakhlak dan bertakwa. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
�Sukakah aku beritahu siapakah dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga?�
Jawab para sahabat: �Bahkan kami suka.� Sabda Rasulullah:
Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila dimarahi suaminya ia menyerah dirinya untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya).
Februari 25, 2008 at 2:25 pm |
Sebagai suami, bimbinglah isteri untuk sama sama mendapat keredaan agama. Jangan kedua duanya hanyut tak bertujuan
alhaddad:
ya betul tu encik amir.. penuhkan dada dengan ilmu sebelum bersedia untuk melalui alam berumahtangga.
alam rumahtagga nie banyak cabaranye… tak sama time bercinta..
Julai 21, 2008 at 9:40 am |
ya boleh! semestinya
Ogos 20, 2008 at 2:43 pm |
selama hidup 23thn didunia, mak bapak saya xpnh skali p[on jentik saya..tiba2 kawen baru 2 mggu..da makan penampar da dgn suami…bayangkan apa aku rasa…
Oktober 22, 2009 at 7:51 pm |
boleh menuntut, asalkn tdak memberatkan suami
Oktober 27, 2009 at 12:14 pm |
bagi sy setiap rumah tangga akn ada pasang surut kebahagian dan kedukaan adalah lumrah kehidupan rumah tangga. sebagai manusia kita tidak seharusnya mengharapkan sinar kebahagian sepanjang masa sebab sebagai manusia Allah dah berjanji akan menduga keimanan hambanya.. masalah puan berkenaan suami mgkin berpunca dari beberapa faktor. pendapat saya dalam memilih pasangan perlun ada pertimbangan dari awal perhubungan. lelaki memang mempunyai sifat ego yang tinggi dan pantang jika isteri menjawap atau melawan terhadap suami. lumrah wanita dikurniakan senjata iaitu sikap lemah lembut dan pujuk rayu yg boleh melemahkan kaum lelaki, cuma perlu tau menggunakannya. sy nasihatkan puan bersabar dan menerima kelemahan dan ujian ni kerana dari puan sendiri yg telah menerima suami puan dalam kehidupan puan. berbincang dgn suami secara terbuka adalah lebih baik dari mendiamkan diri.. waSALAM
November 3, 2009 at 10:40 am |
kadang-kadang dengan hanya satu perkataan boleh melembutkan hati suami… siapa tak sayang pada suami… saya percaya semua isteri menagih kasih sayang dan kebahagiaan dari seorang suami yang dicintai dan disayangi…. bagi seorang isteri bila suami minta utk berpoligami… hati si isteri akan hancur…. tapi…kalau itu yang boleh membahagiakan suami apa yang perlu isteri pertahankan… memang hati memberontak… memang hati membantah tapi… kita hanya seorang isteri… yang hanya mengharapkan keredhaan darinya… isteri hanya perlu berdoa ke pada illahi apa yang terbaik untuk suami… semoga suami dijauhkan dari kemurkaan allah…sesungguhnya allah tahu apa yang diuji keatas hambanya… samada mampu atau tidak…