Memahami sifat lelaki.
1. Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.
2. Bahasa Lelaki Adalah Berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
3. Lelaki Suka Membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
4. Lelaki Tidak Kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan melakukan jima’ secara kerap dengannya, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.
5. Jangan Paksa Lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.
6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki Lain
Tidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.
7. Lelaki Pentingkan Kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangga.
8. Lelaki Tidak Suka Dikritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu digabungkan dengan sedikit pujian.
9. Lelaki Juga Mahukan Sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata “Saya cintakan abang…” dan “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang …..”.
10. Lelaki dan Ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja, dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
11. Sahabat Yang Paling Baik
Jadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.
12. Lelaki Mesra Tanpa Beremosi
Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas seksual, kekecewaan akan melanda wanita.
13. Lelaki Suka Menyelerak
Lelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung dengan menyelerak.
Februari 12, 2009 at 10:30 pm |
emm ley bagi tak fakta2 yang mengatakan perempuan lagi emosi dari lelaki dan lelaki lagi emosi dari perempuan
Jun 20, 2010 at 10:43 pm |
yang jelas 1 inti dr semua ini…..yaitu laki laki ingin juga di mengerti…seperti halx perempuan…..hidup ini hrus ada hubungan timbal balik…..tak boleh mengandalkan egois yang ada…..???mengertilah seseorang maka kamupun akan di mengerti oleh orang lain….
Disember 30, 2010 at 12:08 pm |
Seolah-olah terkena pada batang hidung sendiri… 😀
Info yang bagus…
Mac 1, 2011 at 12:30 pm |
sy seorang wanita..sy mencintai seorang lelaki..tersagat cinta dan sayang..pd awal perhubungan kami segalanya ok semua berjalan lancar..dia menyayangi sy sepenuh hati..dan sy dpt merasakan smua itu..tetapi, masuk bulan ke 8 hubungan kami mula berantakan..dia sdh x seperti dulu lg..dia jarang mesej saya..kol sy pun jarang..tambah2 lagi bila sy ajak berjumpa dia seolah2 x ingin bertemu sy..sy sgt sedih..rasa sangat kehilangan..apa yg dapat sy simpulkan dia mmg x seperti insan yg sy kenali dulu..kami hanya pasangan kekasih..umur mungkin menjadi sbb atas keretakan hubungan kami..tp yg lebih sy nak tahu..adakah sikap yg dia tonjolkan pada awalny itu mmg sikapnya yg sebenar atau pun hanya utk menarik hati sy sahja???dan sikapnya yg sekarang ini pula adakah ini sikapnya yg sebenar???sy sedih bila marah dia asyik menggunakan bahasa yg kasar seperti membahasakan dirinya aku dan sy dia pggl kau..sy sungguh terkilan sy x sgkan insan yg sy kenali ini rupanya sikap dia mcm ni..sy x tau la kalo selama ini st mendesak dia..kalo ada pon smua 2 bukan atas niat sy..sy nak dia fhm yg sy perlukan perhatian dia semula..dia x fikir ka betapa sukarnya dia mendapatkan sy dulu..dan skrg dgn mudahnya dia perlakukan sy bgni..sy sdr sy x la secantik dan sematang insan yg pernah dia cintai..tp sy sdh berusaha tuk capai smua 2..tuk jd yg tbaik pada dia..namun, sy rasa makin sy mencuba makin sy x d hargai..bila sy nak putus ngan dia..dia x nak..dia kata masih syg..tp sy x rasa smua 2..sy sakit hati..gara2 pkara ni stdy sy terganggu..kehadiran sy pun jd masalah bab sy jarang hadir kuliah..pensyarah pun tercari2 sy..sy malu sbnrnya..tipa hari sy rindukan dia..sy sgt sygkan dia..sy berharap dia kembali seperti dulu.. persoalannya.. adakah anda merasakan yg dia akn kembali seperti dahulu??? sy sdh cuba melupakan dia tp x boleh.. tlg ber sy inspirasi tuk truskan kehidupan tnpa dia d sisi sy lg..
Ogos 8, 2011 at 8:41 am |
Memahami sifat perempuan?
September 28, 2011 at 8:59 am |
Siti Nurul Aida….baca nih….hehehehehe