MENGAPA HILANG BAHAGIA DENGAN POLIGAMI
Saya merasa terpanggil untuk memberi serba sedikitpandangan atau pendapat di dalam ruang ini,memandangkan terlalu ramai yang telah memberi hujah mengenai bab poligami ini. Ada diantaranya yangsanggup memberi hujah tanpa disedari hujahnya ituterlalu mengikut kata nafsunya sendiri dan bukan mengikut kata syariat lagi. Hujah-hujah yang mengikutkata nafsu yang tidak dipimpin oleh iman ini, tanpadisedari atau tidak, dia boleh termasuk antara golongan orang-orang yang menentang hukum atauketentuan Allah swt.
Ingat, setiap apa perbuatan kita baik lahir dari hati,percakapan atau penulisan kita, semuanya nanti akanAllah swt. hisab di akhirat. Semua lakonan kita di dunia ini nanti akan Allah swt pertontonkan semula.Apakah kita sanggup nanti dicampak ke dalam nerakaakibat kelemahan nafsu kita yang tidak setuju dengan poligami ini?
Soal poligami adalah soal yang sensitif pada golongankaum wanita umumnya. bermacam-macam hujah dikeluarkanoleh meraka yang tidak bersetuju dengan poligami ini,kalau nafsunya tidak ditunduk atau dipimpin olehkesedaran iman.
InsyaAllah, moga-moga Allah izinkan saya menjawabbeberapa soalan atau hujah-hujah kaum wanita yangtidak berapa setuju dengan poligami ini. Untuk memudah pemahaman ini saya akan membuat beberapa soalankembali dari kebanyakan wanita yang telah bersuamiyang meminta pandangan dari saya sebelum ini.
Soalan: Kenapa kebanyakan lelaki suka berkahwin lebihdari satu?
Jawapan: Itukan bagus? Para isteri berpeluangmenghadia hkan kepada suami mereka sesuatu yang palingberharga.
Soalan: Tidak mungkin begitu. Sanggupkah seoranglelaki menghadiahkan kepada isterinya seorang lelakilain sebagai suami kedua?
Jawapan: Itu tidak mungkin, sebab syariat tidakmembenarkan. Sebaliknya syariat membenarkan seoranglelaki berkahwin lebih dari satu.
Soalan: Kenapa begitu? Bukankah dari segi perasaanlelaki dan wanita sama sahaja. Kalau seorang lelakitidak rela isterinya menduakannya, maka wanita juga
tidak rela suaminya menduakannya. Apa syariat tidakmenimbangkan soal ini?
Jawapan: Ya, di segi perasaan lelaki dan wanita adalahserupa tetapi tidak serupa kemampuan dantanggungjawab. Oleh itu tidak semua perkara yang dibolehkan pada lelaki, boleh juga pada wanita.Contohnya tentang poligami, perempuan tidak dibolehkankerana seandainya dia mengandung, anak itu hendak dibinkan suami yang mana? Kesan dari itu macam-macamrisiko yang terpaksa ditanggung oleh anak itu, ibuayah, datuk nenek dan saudara mara yang terlibat.Kepada siapa pula anak itu dipertanggungjawabk an?
Hal ini tidak berlaku kalau lelaki yang berpoligami. Anak-anak yang lahir dari isteri-isterinya semuanyaadalah tanggungjawab suami. Kalau isterinya empat orang, anaknya pula 30 orang, maka semuanya mestidibiayai oleh suami tersebut. Itu merupakan salah satusebab kenapa poligami tidak dibenarkan pada perempuan.tetapi lelaki dibolehkan dengan syarat diabertanggungjawab melindungi dan menanggungi semua yangterlibat. Itulah keadilan syariat.
Jika wanita terpaksa berdepan dengan kesusahan keranapoligami, lelaki pula begitu juga. Wanita susahperasaannya, lelaki susah tanggungjawapnya.
Soalan: Seandainya saya jadi suami, saya rasa tidaktergamak hendak menduakan isteri. Tetapi kenapa diasampai hati untuk berbuat begitu?
Jawapan: Saudari tidak boleh menyamakan jiwa lelakidengan jiwa wanita. Jauh bezanya watak hati antara duamakhluk yang berlainan jenis itu. Syariat membenarkanpoligami kerana lelaki mempunyai jiwa dan fizikal yanglayak untuk itu, untuk tujuan-tujuan yang besar pula.Tetapi perempuan tidak dijadikan untuk tugas ini.
Antara kepentingan poligami ialah:
1. Meramaikan zuriat.
2. Membela yang janda, andartu dan lebihan wanita.
3. Menyelesaikan masalah suami sewaktu isterinyamengandung , bersalin dan lain-lain keuzuran.
Soalan: Bukankah ikatan suami-isteri diasaskan atasfaktor itu?
Jawapan: Ya, tetapi bukan semata-mata itu. Saudariperlu imbangkan kehendak-kehendak nafsu ini dengankemahuan- kemahuan akal fikiran, jiwa sertakeperluan- keperluan kemanusiaan orang-orang selainsaudari.
Soalan: Apa maksud saudara?
Jawapan: Akal saudari tentu bersetuju dengankepentingan- kepentingan atau faedah-faedah poligami.Hati saudari pasti bersempati dengan kaum sejenis yang tidak ada suami atau wanita tersebut belum berkahwinlagi. Betapa orang lain selain saudari mengharapkanagar saudari merelakan suami saudari berkahwin lagi.Bahkan saudari sendiri sepatutnya merasa terhutangbudi kepada suami saudari kerana mengahwini sertamelindungi dan menyediakan rumah dan keperluan saudari. Atas pengorbanannya itu adalah tidak wajarseandainya saudari tidak membenarkan permintaannyauntuk berkahwin lagi.
Soalan: Saya tetap merasakan bahawa setiap wanitatidak bersetuju dengan poligami. Kami hilang bahagiakerana poligami.
Jawapan: Manusia hilang bahagia bukan kerana poligami.Berapa ramai orang yang tidak terlibat dengan poligamipun �frust� selalu, yang ramai bunuh diri itu, bukansebab poligami, tetapi tak lain tak bukan kerana imanlemah.
Siapa juga yang tidak kuat iman, akan hilang bahagiadengan segala bentuk ujian. Ujian tidak lulus periksa,tunang diambil orang, kematian orang yang dikasihi,suami berkahwin lagi dan lain-lain.
Soalan: Saudara menganggap saya tidak beriman?
Jawapan: bukan begitu. Bukti iman seseorang ialah diaredha dengan takdir yang Allah tentukan padanya. Diatidak keluh kesah. Tidak menderita. Iman membuatkan seseorang boleh tenang dalam ujian. tenang walaupunsuaminya berkahwin lagi.
Soalan: Saudara menyuruh saya melawan fitrahkewanitaan saya, sedangkan kehendak fitrah adalahsuatu tuntutan yang murni, yang patut dibenarkan?
Jawapan: Menderita kerana suami berkahwin lagi bukanrasa fitrah. Itu adalah nafsu, sebab poligami bukanmengambil seluruh keperluan-keperluan batiniah wanita(ertinya tidak menafikan keperluan fitrah). Ia hanyameminta wanita mengorbankan sebahagian kenikmatan ituuntuk kaum sejenisnya yang juga memerlukan nikmat itu.
Soalan: Tapi perasaan ini sangat menguasai saya,menentukan tenang tidaknya hidup saya?
Jawapan: Memang nafsu itu boleh membuatkan seseorangmasuk neraka dunia dan akhirat. Bukankah Allah danRasul telah memberitahu tentang ini.
�Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepadakejahatan.�
Sabda Rasul lagi ertinya,
�Sejahat-jahat musuh engkau ialah nafsu engkau yangterletak antara dua lambung engkau.�Barangsiapa yang mengikut kata nafsu hingga lupakanAllah, maka lihatlah apa akibatnya. Allah berfirman:
�Barang siapa berpaling daripada mengingati aku makabaginya ialah kehidupan yang sempit.�
Soalan: Bagaimana saya boleh melepaskan diri daribelenggu nafsu ini?
Jawapan: Nafsu hanya boleh ditunduk dengan api neraka.Maksudnya sewaktu nafsu memujuk kita agar berlakuengkar dengan Allah, maka kita katakan padanya, �Wahai nafsu, kata-kata engkau ini boleh menyelamatkan aku,tetapi akan membawa aku ke neraka.janganlah engkau hendak memperdayakan aku.� Saudari percaya padaneraka?
Percaya, tapi tidak begitu memikirkannya.
Jawapan: Kerana hati dan fikiran kita sentiasamemikirkan hal-hal keduniaan. Itulah dia nafsu. Diatelah berjaya menguasai sepenuhnya lahir batinsaudari, sedangkan wanita beriman, hati dan fikirannyabanyak memikirkan nasibnya di akhirat.
Soalan: Apa faedahnya kita memikirkan sangat tentang akhirat?
Jawapan: Supaya kita dapat berkorban sebanyak mungkindi dunia ini, untuk mendapat sebanyak-banyaknyak euntungan di akhirat. Contohnya saudari dapat korbankan harta benda di jalan Allah agar ianyamenjadi simpanan di akhirat, sedangkan wang itu jikatidak dikorbankan ia akan habis di dunia sahaja.Begitu juga saudari dapat berkorban untuk suami dengan membenarkan dia berkahwin, demi merebut janji Allah diakhirat. Walhal jika saudari �control� dia, dia pastiakan mati juga dan saudari tidak mendapat apa-apa diakhirat. Mengapa saudari mesti melepaskan peluang ini?Tetapi pengorbanan ini rasanya terlalu berat untuksaya.
Jawapan: Kerana saudari tidak nampak (dengan hati)syurga di akhirat. Kalaulah saudari melihat syurga maka harga suami ataupun dunia ini keseluruhannya sudah menjadi kecil sekali. Dan saudari tidak merasaberat lagi untuk berkorban. Saudari pernah belajar diuniversiti?
Pernah
Jawapan: Mudahkah untuk memasuki universiti dan untuklulus di universiti? Tidak bukan? Saudari terpaksaberkorban bertahun-tahun tanpa rehat, tanpa berhibur,kurang tidur, berjaga malam dan kurang makan. Masapenuh dengan berfikir, mengkaji, menghafal, merujuk,menulis, membaca, mengira dan bermacam-macam lagi.Semua kesusahan itu saudari menanggungnya dengan rela,demi mengharapkan kejayaan. Dari kejayaan itu Saudari mengharapkan syurga dunia. Syurga sementara. Syurga
Begitulah juga dengan orang lain, bersusah-susah dalamhidupnya demi mendapatkan kemewahan duniawi. Nelayanrela mengharungi laut untuk hidup. Sekarang cuba saudari paksa diri untuk menanggung beban kesusahanduniawi demi untuk mendapatkan syurga akhirat yangkekal abadi. Kalau betul saudari beriman dengannya.
Hanya setakat ini dahulu, semoga pandangan ataupendapat saya ini dapat membetulkan beberapa kesilapanyang selama ini kurang disedari oleh pihak-pihak yangmemandang soal poligami terlalu negative atausebagainya. Moga-moga pandangan atau pendapat saya inimenambah pemahaman dan ilmu anda semua dan anggaplahyang benar itu datangnya dari Allah swt dansama-samalah kita menerimanya dan yang tidak benar ituanggaplah ianya dari kelemahan saya sendiri danselepas ini jangan anda lupa membaca bab PoligamiAdakah Cinta Nafsu.
April 6, 2008 at 10:46 am |
bagaimana pandangan sorang ulama besar seperti Buya HAMKA tentang poligami??/
ternyata masa lalu jadi basis utk bertindak dimasa yg akan datang…
http://qolbimuth.wordpress.com/2008/03/09/poligami/
Februari 9, 2009 at 6:28 am |
m,nabi mbela nasib janda..lelaki skrg mbela nak dara…
malam…bkn sunnah nabi tu..siap bdoa lagi khuatir xadil pada isteri2…tepuk dada tanya iman=)
Mac 9, 2009 at 8:36 pm |
salam saudara/ saudari,
maaf saya tidak tahu jantina penlis blog ini. apa pun topik ini sangat2 menarik. saya sangat2 bersetuju dan berpuas hati dengan jawapan yang diberikan..dan saya ingin meminta izin untuk disiarkan dalam majalah MIDI. Harap dapat berikan nama sebenar atau nama samaran untuk saya kreditkan dalam majalah nanti.
September 14, 2010 at 3:20 pm |
Salam. Terima kasih kerana membuka minda saya tentang poligami.
Subhanallah, saya benar2 naive ttg issue ini. Alhamdulillah, semoga saya bersedia & tabah untuk menghadapinya satu masa nanti. InsyaALLAH.. Wallahualam.
Sesungguhnya janji Allah itu benar.. semoga tuan dilindungi Allah s.w.t & diberi kekuatan untuk terus menulis.
Oktober 17, 2010 at 1:03 pm |
Assalamualaikum wwt,
Sesungguhnya poligami itu jalan penyelesaian kepada berbagai masalah sosial. Nun di luar sana …. terlalu ramai wanita terpinggir, tersingkir, dilupai dan sebagainya. Justeru Islam mengharuskan poligami demi untuk menjaga peradaban hidup manusia agar tidak kecundang dalam hidup dan berusaha mencapai keredhaan Allah sepanjang kehidupannya.
Anak-anak dara yang kehausan mencari kasih…sehingga terjebak ke kancah maksiat…siapa yang harus dipersalahkan????
Andartu yang telah terlepas pergi zaman remajanya, terkapai-kapai mencari dahan tempat berpaut…. siapa yang peduli????
Mak Janda muda yang telah kehilangan kasih dan tempat bergantung lantaran penceraian atau kematian insan tercinta… siapa yang sudi berkongsi kasih????
Janda tua yang lewat usia… sakit demamnya, siapa yang bersimpati…
Maka Islam datang membawa jalan keluar dan penyelesaian… POLIGAMI adalah penawarnya
Disember 17, 2010 at 12:12 am |
saya tidak menolak poligami tetapi kenape lelaki yang poligami ini,tidak berlaku adil pada isteri dan keluarganya..
benci lelaki yang hanya tau cakap “ikut sunat nabi”
apa lelaki itu tau kesan2 akan dtg terhadap anak2nya
Oktober 11, 2011 at 3:29 pm |
adakah lelaki skrg berpoligami semata2 kerana Allah.Tidak sama sekali.poligami adalah harus bukannya wajib.lelaki seharusnya sedar dimana zaman skrg yang monogami pun tiada tanggungjawab inikan pulak poligami.kebanyakkan poligami yg berlaku pun isteri tanggung diri sendiri kerana bekerja dan suami tiada kemampuan.hanya 1% sahaja yg benar2 layak, yg lain hampas.yg berpoligami pun punyai maksud tertentu,makan hasil isteri.adakah poligami ini yang membanggakan islam..hanya tabur benih sahaja.lupakanlah.
Disember 16, 2011 at 3:49 pm |
Disebabkan perkataan “POLIGAMI ” inilah para suami sampai sanggup menipu isterinya dan membelakangkan undang-undang yang ada di Malaysia dengan bernikah secara senyap-senyap luar dari Malaysia. Mahu tak mahu isteri terpaksa terima perbuatan suami walaupun tidak ada perbincangan antara suami dengan isteri sebelum suami mengambil tindakan begitu. Suami tidak pernah berlaku adil dari segi zahir dan batin. Adakah ini harus dipertimbangkan???????