Archive for the ‘Suami-isteri bertengkar hidup lebih lama’ Category

Suami-isteri bertengkar hidup lebih lama

Januari 31, 2008
Kajian: Suami-isteri bertengkar hidup lebih lama PDF Print E-mail
Monday, 28 January 2008
LONDON: Pasangan suami isteri digalak bertengkar kerana ia adalah rahsia umur panjang. Penyelidik mendapati suami isteri yang tidak membincangkan perbezaan pendapat dan memendam rasa marah terhadap satu sama lain mungkin meninggal dunia lebih awal berbanding yang bergaduh.

Ini kerana mencuba menyelesaikan konflik lebih baik bagi kesihatan berbanding memendam perasaan.

Laporan akhbar Daily Mail menyebut ahli sains mengkaji 192 pasangan selama 17 tahun dan meletakkan mereka dalam empat kategori.

Kumpulan pertama merangkumi pasangan suami isteri yang membincangkan rasa marah mereka.

Kumpulan kedua merangkumi pasangan yang hanya suami menunjukkan rasa marah. Isteri sebaliknya memendam perasaan.

Kumpulan ketiga melibatkan pasangan yang hanya isteri menunjukkan rasa marah manakala kumpulan keempat mempunyai pasangan yang kedua-duanya memendam perasaan.

Penyelidik mendapati di kalangan 26 pasangan yang kedua-duanya memendam rasa marah, 13 kematian dicatat. Namun dalam tiga kumpulan lagi melibatkan 166 pasangan, kesemuanya hanya 41 kematian dicatat.

‘Kunci utama ialah apabila konflik berlaku, bagaimanakah anda menyelesaikannya? ‘ kata Profesor Ernest Harburg dari Fakulti Kesihatan Awam Universiti Michigan yang menjalankan kajian itu.

‘Apabila tidak berbuat demikian, jika anda memendam rasa marah, dan anda terlalu memikirkannya dan anda marahkan orang lain, dan anda tidak cuba menyelesaikan masalah, memang anda ada masalah. — Agensi.
OLEH ITU : BERGADUHLAHHHHHHHHH HHHHHHHHHHHHHHHH H HUHUHU
Advertisement