Susah & Senang, Dosa & Pahala…

Susahnya Nak Buat Dosa…
Kalau nak ke disko bukan murah. Kurang-kurang kena bayar RM25 cover
charge.
Konon dapat free first drink. Tapi yang dibagi air yang harga kat
7-Eleven
cuma RM1 je…

Senangnya Nak Buat Pahala…
Kalau gi masjid tu, free je. Dah le takde cover charge, minum free
bukan
first drink je. Berkoyan-koyan pun boley. Silap-silap dapat makan free
lagi…

Susahnya Nak Buat Dosa…
Kalau nak berzina tu, bukannya semudah ABC. Susah. Nak sewa hotel
(duit tu)… Nak belanja awek tu makan (duit lagi)… Silap2 silap
kena
tangkap basah. Ha… Boleh masuk paper free. Kalau majikan tau, boleh
kena
buang keje. Laaagi haru…

Senangnya Nak Buat Pahala…
Kalau nak pose sunat tu, anytime, anywhere. Bangun pagi takde
breakfast,
terus niat pose. Dapat dah pahala. Bukan setakat dapat pahala, siap
dapat
jimat duit lagi. Pose tu kan boleh kekang nafsu. Cume tak masuk paper
je.
Tapi insyaAllah masuk syurga. Laaagi best!

Susahnya Nak Buat Dosa…
Mengumpat tu best kan? Tu lah hobi hampir semua manusia hari ni.
Tapi,ngumpat punye sedap, keje tak jalan. Yang keje tu, bos tengok,
abis
>kena haruk. Yang suri rumah sepenuh masa lak, suami balik tengok sme
tak
siap,tarik muka. Gi makan kat kedia Timah Janda, jeles lak tuh. Timah
Janda
lak
kena umpat…

Senangnya Nak Buat Pahala…
Berzikir mengingati Allah tu cukup mulia. Allah akan mengingati
hambaNya
yang mengingati Dia. Orang pun tak marah. Makin saspek ade. Eh! Respek
la… Suami balik tengok keje sme siap, isteri lak terkumat-kamit
berzikir.
Manis je muka. Nak keluar rumah pun takut rugi. Beban keje pun kurang
terasa…

Susahnya Nak Buat Dosa…
Bagi orang tamak, kumpul harta memang takkan cukup sampai bila-bila.
Kejor le harta dunia ni. Makin jauh dia lari. Sampaikan ibadah pun
terabai,
dunia
tak gak dapat2.

Senangnya Nak Buat Pahala…
Jadik zuhud tu bukan je mulia, malah cukup memudahkan. Takyah nak
sibuk2 tamak haloba. Jiran beli TV baru, sofa baru, langsir baru,
lantak ko
la.Sebab dia dapat hutang baru, kita lak dapat iman yang sentiasa
diperbaharukan. Mane lagih best?

Susahnya Nak Buat Dosa…
Orang kate “Nak hidup terpaksa la menipu”. Ha’ah! Hidup la ko kat
neraka.
>Hehe… Penipu ni bukan setakat Tuhan benci, manusia pun lebih-lebih
lagi.
>Kalau tipu duit lagi parah. Hidup sentiasa dalam ketakutan. Silap2
kantol,
kena ganti. Tak pun… Saman court dalam… (ikut gaya Aziz Satar
dalam
Bujang Lapok)

Senangnya Nak Buat Pahala…
Orang jujur ni bukan sahaja dikasihi manusia & malaikat, malah Allah
akan
sentiasa memberkati hidupnya. Mungkin dia jadik mangsa pembelit2 kat
dunia
ni tapi dia takkan jadik mangsa belitan ular kat neraka. Hidup pun
zaman,
bukan dalam ketakutan. Bahagia je…

Susahnya Nak Buat Dosa…
Nak lawan hukum Allah bukan senang. Nak study tu, study nih. Carik
peguam
tuh, carik peguam nih. Buat kempen tuh, buat kempen nih.
Leceh.Terpaksa
pulak buat Istilah baru konon yang paling benar. Tapi dusta belaka.
Ingat upah sana upah sini tu murah ke? Banyak ooo abiskan duit.
Walaupun
bukan duit rakyat, bukan duit sendiri. Hehe… Dahla hidup kena
laknat,
siap booking name sendiri kat Malek. Dunia akhirat tak tenteram….

Senangnya Nak Buat Pahala…
Cukup senang kalau pakai hukum Allah. Ini bukan yang manusia buat tapi
hukum yang turun dari langit. Takde hukum lebih sempurna dari hukum2
Allah. Inilah hukum2 yang seadil-adilnye. Tak payah nak fikir2 nak
rangka
rang undang-undang baru. Semuanya dah termaktub dalam Al-Kitaab.
Selain
tuh, hidup pun diberkati. Ridhwan pun sedia nak sambut dengan manis
muka.
Inilahkemuliaan orang yang mempejuangkan Agama Allah. InsyaAllah…

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan

manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: