Dosa zahir dan batin

 doa-pembuka-barzanji.jpg

Dosa ada 2 kategori, dosa zahir dan dosa batin

>Yang lahir nampak dan mudah disedarkan

>Dosa yang lahir sebenarnya adalah buah dosa yang batin

>Atau yang dalam yang tidak nampak oleh mata dan akal

>

>

>Dosa yang batin terlalu banyak ramai orang tidak sedar

>Dan payah disedarkan mereka

>Kalau dosa yang zahir nampaknya sedikit sahaja

>Yang dalam lebih banyak lagi

>

>Cuma peluang untuk bertindak belum ada

>Dosa yang lahir yang sedikit itu kerana ada peluang membuatnya

>Yang banyak lagi yang di dalam itu belum keluar lagi

>Kerana tidak ada peluang untuk bertindak

>

>Kalau yang dalam itu ada peluang Masya-ALLAH

>Yang lahir itu makin bercambah

>Dan bercabang serta berkembang sangat banyaknya

>Oleh kerana dosa yang di dalam banyak peluang untuk membuat terhalang

>

>

>Ramai yang menyangka dia tidak ada dosa

>Kerana itulah ramai yang berkata: ” Saya tidak bersalah”

>”Saya tidak berdosa”

>Dosa sombong, dosa riak, doa megah, dosa ujub

>Dosa dengki, dosa hendak glamour, hendak puji

>Dan lain lagi mana yang nampak

>

>Apabila lahir buahnya baru nampak

>Dosa yang terpendam dalam hatinya

>Buahnya akan nampak apabila tercabar

>Apabila dapat sesuatu, apabila dicaci, apabila dipuji

>

>Dinasihati dan lain-lain barulah nyata

>Di sinilah perlunya guru mursyid, kerana yang punya diri

>Pun tidak begitu nampak dosa-dosa yang tersembunyi itu

>Guru Mursyid sahaja yang dapat memberitahu dosa batin

>

>Sama ada secara langsung mahu pun tidak secara langsung

>Kerana itulah untuk menuju ALLAH Taala

>Kenalah ada guru yang bertaqwa

>Guru yang bertaqwa sahaja yang boleh memberitahu

>Perjalanan batin murid-muridnya

>

>Hasil Nukilan Abuya ku

>Tuan Guru Haji Ashaari bin Muhamad


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: