April fool????

fool1.jpg

> ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan

> bersama.

>

>

> Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub

> dengan budaya ‘pandang kebarat’ menjadi begitu sibuk sekali. Kepala

mereka

> penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan

sewaktu

> memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar

merangka-rangka

> rancangan ‘penganiayaan’ ini. Yang penting mereka puas melihat muka

> mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

>

> Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau

> ‘practical joke’ yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah

> menyebabkan penyesalan berpanjangan. Sewaktu zaman persekolahan

dahulu,

> penulis pernah terbaca tentang suatu trajedi yang berlaku pada 1hb

April

> ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan ‘Aku

> ceraikan kau dengan talak 3′ pada isterinya dengan niat untuk

melawak.

> Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si

suami

> dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan ‘April Fool!’. Selepas

itu,

> giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak

yang

> dilafazkan telah pun jatuh!!!

>

> Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah dipercayai

bahawa ia

> mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah

> bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam

> akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk

Islam

> di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing

untuk

> menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak

> berpuashati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari

> Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh

> berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama

barang-barang

> keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di

> pelabuhan.

>

> Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan

suatu

> penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang

> dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk

> bertolak.Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan

yang

> telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak

Kristian

> mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah

> penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki

kapal

> kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum

muslim

> dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

>

> Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh

tentera

> Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di

> Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang

Islam

> yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day

tanpa

> menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan

beramai-ramai

> saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah sentiasa membuka pintu

taubat ibadat.jpg

> untuk kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: